Assalamualaikum...
(kepada warga SMSK 1977)
KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SUNGAI KOYAN (SMSK 1977) BERHAD
CADANGAN PENUBUHAN
SEJARAH
Selepas pertama kali kita mengadakan reunion terdapat beberapa cadangan agar kita semua dapat bersama bertemu kembali setiap tahun untuk kita bertanya khabar dan mengetahui akan perkembangan kehidupan kita dan keluarga kita. Adalah dicadangkan melalui penubuhan koperasi ini akan merapatkan lagi silaturahim sesama kita. Kita juga akan mendapat manafaat yang banyak melalui koperasi ini melalui peluang dan bantuan oleh kerajaan. Antaranya bantuan sebanyak RM30,000 bagi penubuhan sebuah koperasi baru serta banyak lagi kemudahan yang kita dapat rebut jika kita bergerak sebagai sebuah koperasi. Pada peringkat awal beberapa perbincangan telah diadakan dikalangan sahabat yang tinggal di Sungai Koyan untuk penubuhan tersebut.Diantara yang terlibat dalam perbincangan awal ialah Ariffin, Mohd Zakri, Mohd Rafi,Shahmir, Sharuddin, Norsham, Aziman. Rosli. Nathan, Zulkarnain, Rahim, Herman, Latifah, Norsila, Norizan. Oleh kerana penubuhan sebuah koperasi memerlukan sekurang-kurang 50 orang ahli sebagaimana yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia maka kertas cadangan ini dibentangkan kepada semua bekas pelajar smsk tahun 1977 untuk ulasan dan sokongan. Kepada yang menyokong penubuhan koperasi ini dan berminat untuk menjadi ahli sila hantar nama kepada Ariffin 017-6831697 atau Mohd Zakri 012-6606745. Penubuhan kopersi ini adalah bergantung kepada persetujuan ramai.
DEFINASI
Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi dimana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama dibidang ekonomi, sosial dan budaya melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.
SEJARAH GERAKAN OPERASI
Koperasi moden mula ditubuhkan pada 1944 apabila sekumpulan pekerja seramai 28 orang telah mempelopori “The Rochdale Equitable Pioneers Society”. Mereka membuka sebuah stor kecil di Toad Lane, Bandar Rochdale, England sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
TUJUAN KOPERASI
Penubuhan koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan menghapuskan eksplotasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah.
Tujuan koperasi dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, dan budaya.
a) Sosial - Koperasi bertujuan membentuk persekitaran yang lebih baik supaya anggota mencapai kepuasan dalam kehidupan. Tujuan berkoperasi adalah untuk mendapat pendidikan, kesihatan dan perlindungan yang lebih baik.
b) Ekonomi.- Koperasi membantu anggota menikmati kehidupan yang lebih baik dari segi ekonomi. Memenuhi keperluan anggota da mengurangka bebanan dari aspek Bank/kredit, Pengguna/Pertanian dan Sekoah
c) Budaya - Koperasi membina jati diri masyarakat bersatu, harmonis mengikut nilai dan etika yang diterima pakai oleh anggota yang menubuhkanya. Antara kegiatan yang sesuai seperti gotong royong, khemah kerja, kem motivasi, kenduri, melancong dan lain-lain.
FALSAFAH KOPERASI
Falsafah koperasi ialah “Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat Bersama”. Maksudnya manusia secara sukarela bergabung tenaga, modal fikiran dan kemahiran menjalankan kegiatan bagi manafaat mereka bersama.
KONSEP KOPERASI
Bertindak secara kumpulan menjalankan satu-satu usaha memperbaiki dan meningkat taraf hidup anggota dengan berkerjasama dengan orang lain. Terdapat 4 elemen berkerjasama dalam koperasi iaitu:-
I. Kumpulan manusia yang mempunyai sekurang-kurangnya satu keperluan ekonomi yang sama.
II. Bertujuan untuk membantu dan menolong diri sendiri.
III. Cara menyampai tujuan yang sama dengan menubuhkan organisasiyang dipunyai dan ditadbir bersama.
IV. Manfaatnya untuk kemajuan anggotaanggota.
Konsep koperasi tulen ialah berkerja bersama-sama untuk pembangunan dari segi rohani dan jasmani manusia selaras dengan kehendak asas manusia yang perlu kepada fisiologi, keselamatan, sosial, keakuan dan kepuasan yang boleh dicapai melalui konsep berkerjasama.
NILAI NILAI KOPERASI
Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu anggota koperasi menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah, telus, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.
Dalam sistem ekonomi, koperasi menerapkan 2 nilai iaitu nilai asas dan nilai moral.
Nilai asas adalah:-
a) Usaha Diri- Melibatkan individu dan individu-individu meningkatkan usaha untuk memajukan diri dan secara kolektif memajukan koperasi.
b) Tanggungjawab diri- Seorang anggota bertanggung jawab terhadap kesejahteraan diri sendiri dan harus bersedia menanggung akibat dari tindakan yang diambil.
c) Demokrasi- Perbincangan bebas dan terbuka, mendapat maklumat sebelum tindakan. Anggota secara kolektif adalah pemegang kuasa.
d) Kesamaan- Untuk kesejahteraan kolektif setiap anggota mempunyai peluang yang sama dalam membuat keputusan dan tadbir urus tanpa mengira bakat, kemahiran dan penampilan.
e) Ekuiti/kesaksamaan – Pemilikan dalam koperasi memberikan hak kepada pemilik mengambil bahagian dalam membuat keputusan.
f) Perpaduan – Merujuk kepada rasa hormat dan maruah individu dalam hubungan dengan masyarakat.
Nilai moral adalah:-
a) Sadik/Benar- Benar dalam serba-serbi termasuk percakapan, niat, perbuatan, akhlak, syarak dan akidah.
b) Amanah – Melaksanakan tanggungjawab.
c) Telus – Terus terang dalam semua tindakan.
d) Tanggungjawab sosial – Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seprti menyediakan kemudahan kesihatan pendidikan dan perlindungan untuk anggota.
e) Mengambil berat terhadap masyarakat. – menyayangi satu sama lain, hormat serta saling membantu.
PRINSIP-PRINSIP KOPERASI
a) Prinsip Pertama - Kenggotaan Sukarela Dan Terbuka. Tiada siapa boleh dipaksa menyertai koperasi.
b) Prinsip Kedua - Kawalan Demokrasi Oleh Anggota. Semua perkara penting hendaklah dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat agong.
c) Prinsip Ketiga - Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota. Perlu bersama menyumbang dan mengawal modal secara demokrasi.
d) Prinsip Keempat - Autonomi dan Kebebasan. Koperasi adalah berautonomi dan berdikari yang dikuasai sepenuhnya oleh anggota.
e) Prinsip Kelima - Pendidikan, Latihan dan Maklumat. Koperasi hendaklah sentiasa membuka peluang kepada anggota melengkapkan diri dengan pengetahuan
f) Prinsip Keenam - Kerjasama antara Koperasi. Koperasi boleh membantu antara satu sama lain melalui kerjasama.
g) Prinsip Ketujuh - Mengambil Berat Terhadap Masyarakat. Berusaha melahirkan masyarakat penyayang melindungi alam sekitar dan melindungi haiwan.
KOPERASI MASA KINI.
Terdapat 5.86 juta anggota koperasi yang menyertai 4,918 buah koperasi dengan modal berbayar RM 7.36 billion di Malaysia setakat 2006. Koperasi memainkan peranan ketiga terpenting dalam ekonomi negara selepas sektor awan dan swasta.
NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI
Nama : Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sungai Koyan (SMSK 1977) Berhad
Alamat Berdaftar: …………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
Kawasan beroperasi: Gugusan Felda Sungai Koyan meliputi Felda Sungai Koyan 1, Felda Sungai Koyan 2 dan Felda Sungai Koyan 3.
Fungsi Utama Koperasi: ……………………………………………………………………..
(1.Pengguna 2.Kredit 3.Pengangkutan 4.Perladangan 5.Perkhidmatan 6.Perindustrian 7.Perumahan 8.Perbankan 9.Pembinaan)
Aktiviti Utama:
a. ………………………………………………………………………………
b. menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan.
c. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
d. melaburkan wang lebihan dalam perkara yang dibenarkan
e. mengadakan subsidiary
f. menyertai usahasama dengan koperasi lain.
g. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.
h. ………………………………………………………………………………
i. ………………………………………………………………………………
KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
Terbuka kepada bekas penuntut Sekolah Menengah Sungai Koyan pada tahun 1977 dan suami atau isteri.
Sesaorang yang ingin menjadi anggota koperasi mestilah
a) Memiliki alamat surat menyurat dikawasan operasi koperasi.
b) Warganegara Malaysia
c) Telah mencapai umur 18 tahun.
d) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini.
e) ………………………………………………………………………………
f) ………………………………………………………………………………
Cadangan Saham/syer untuk menjadi anggota koperasi RM 500.00 dibayar beransur-ansur mengikut kadar termampu.
Kertas Cadangan ini adalah untuk perbincangan sahaja.
Disediakan oleh: Mohd Zakri Bin Said
No comments:
Post a Comment