Popular Posts

Wednesday, 13 June 2012

(koperasi-kepada warga SMSK 1977)



Assalamualaikum...


(kepada warga SMSK 1977)
KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SUNGAI KOYAN (SMSK 1977) BERHAD

CADANGAN PENUBUHAN 

SEJARAH

Selepas pertama kali kita mengadakan reunion terdapat beberapa cadangan agar kita semua dapat bersama bertemu kembali setiap tahun untuk kita bertanya khabar dan mengetahui akan perkembangan kehidupan kita dan keluarga kita. Adalah dicadangkan melalui penubuhan koperasi ini akan merapatkan lagi silaturahim sesama kita. Kita juga akan mendapat manafaat yang banyak melalui koperasi ini melalui peluang dan bantuan oleh kerajaan. Antaranya bantuan sebanyak RM30,000 bagi penubuhan sebuah koperasi baru serta banyak lagi kemudahan yang kita dapat rebut jika kita bergerak sebagai sebuah koperasi. Pada peringkat awal beberapa perbincangan telah diadakan dikalangan sahabat yang tinggal di Sungai Koyan untuk penubuhan tersebut.Diantara yang terlibat dalam perbincangan awal ialah Ariffin, Mohd Zakri, Mohd Rafi,Shahmir, Sharuddin, Norsham, Aziman. Rosli. Nathan, Zulkarnain, Rahim, Herman, Latifah, Norsila, Norizan. Oleh kerana penubuhan sebuah koperasi memerlukan sekurang-kurang 50 orang ahli sebagaimana yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia maka kertas cadangan ini dibentangkan kepada semua bekas pelajar smsk tahun 1977 untuk ulasan dan sokongan. Kepada yang menyokong penubuhan koperasi ini dan berminat untuk menjadi ahli sila hantar nama kepada Ariffin 017-6831697 atau Mohd Zakri 012-6606745. Penubuhan kopersi ini adalah bergantung kepada persetujuan ramai.

DEFINASI

Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi dimana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama dibidang ekonomi, sosial dan budaya melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.

SEJARAH GERAKAN OPERASI

Koperasi moden mula ditubuhkan pada 1944 apabila sekumpulan pekerja seramai 28 orang telah mempelopori “The Rochdale Equitable Pioneers Society”. Mereka membuka sebuah stor kecil di Toad Lane, Bandar Rochdale, England sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

TUJUAN KOPERASI

Penubuhan koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan menghapuskan eksplotasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah.

Tujuan koperasi dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, dan budaya.

a) Sosial - Koperasi bertujuan membentuk persekitaran yang lebih baik supaya anggota mencapai kepuasan dalam kehidupan. Tujuan berkoperasi adalah untuk mendapat pendidikan, kesihatan dan perlindungan yang lebih baik.
b) Ekonomi.- Koperasi membantu anggota menikmati kehidupan yang lebih baik dari segi ekonomi. Memenuhi keperluan anggota da mengurangka bebanan dari aspek Bank/kredit, Pengguna/Pertanian dan Sekoah
c) Budaya - Koperasi membina jati diri masyarakat bersatu, harmonis mengikut nilai dan etika yang diterima pakai oleh anggota yang menubuhkanya. Antara kegiatan yang sesuai seperti gotong royong, khemah kerja, kem motivasi, kenduri, melancong dan lain-lain.

FALSAFAH KOPERASI

Falsafah koperasi ialah “Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat Bersama”. Maksudnya manusia secara sukarela bergabung tenaga, modal fikiran dan kemahiran menjalankan kegiatan bagi manafaat mereka bersama.

KONSEP KOPERASI

Bertindak secara kumpulan menjalankan satu-satu usaha memperbaiki dan meningkat taraf hidup anggota dengan berkerjasama dengan orang lain. Terdapat 4 elemen berkerjasama dalam koperasi iaitu:-

I. Kumpulan manusia yang mempunyai sekurang-kurangnya satu keperluan ekonomi yang sama.
II. Bertujuan untuk membantu dan menolong diri sendiri.
III. Cara menyampai tujuan yang sama dengan menubuhkan organisasiyang dipunyai dan ditadbir bersama.
IV. Manfaatnya untuk kemajuan anggotaanggota.

Konsep koperasi tulen ialah berkerja bersama-sama untuk pembangunan dari segi rohani dan jasmani manusia selaras dengan kehendak asas manusia yang perlu kepada fisiologi, keselamatan, sosial, keakuan dan kepuasan yang boleh dicapai melalui konsep berkerjasama.

NILAI NILAI KOPERASI

Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu anggota koperasi menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah, telus, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.
Dalam sistem ekonomi, koperasi menerapkan 2 nilai iaitu nilai asas dan nilai moral.

Nilai asas adalah:-

a) Usaha Diri- Melibatkan individu dan individu-individu meningkatkan usaha untuk memajukan diri dan secara kolektif memajukan koperasi.
b) Tanggungjawab diri- Seorang anggota bertanggung jawab terhadap kesejahteraan diri sendiri dan harus bersedia menanggung akibat dari tindakan yang diambil.
c) Demokrasi- Perbincangan bebas dan terbuka, mendapat maklumat sebelum tindakan. Anggota secara kolektif adalah pemegang kuasa.
d) Kesamaan- Untuk kesejahteraan kolektif setiap anggota mempunyai peluang yang sama dalam membuat keputusan dan tadbir urus tanpa mengira bakat, kemahiran dan penampilan.
e) Ekuiti/kesaksamaan – Pemilikan dalam koperasi memberikan hak kepada pemilik mengambil bahagian dalam membuat keputusan.
f) Perpaduan – Merujuk kepada rasa hormat dan maruah individu dalam hubungan dengan masyarakat.

Nilai moral adalah:-

a) Sadik/Benar- Benar dalam serba-serbi termasuk percakapan, niat, perbuatan, akhlak, syarak dan akidah.
b) Amanah – Melaksanakan tanggungjawab.
c) Telus – Terus terang dalam semua tindakan.
d) Tanggungjawab sosial – Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seprti menyediakan kemudahan kesihatan pendidikan dan perlindungan untuk anggota.
e) Mengambil berat terhadap masyarakat. – menyayangi satu sama lain, hormat serta saling membantu.

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

a) Prinsip Pertama - Kenggotaan Sukarela Dan Terbuka. Tiada siapa boleh dipaksa menyertai koperasi.
b) Prinsip Kedua - Kawalan Demokrasi Oleh Anggota. Semua perkara penting hendaklah dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat agong.
c) Prinsip Ketiga - Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota. Perlu bersama menyumbang dan mengawal modal secara demokrasi.
d) Prinsip Keempat - Autonomi dan Kebebasan. Koperasi adalah berautonomi dan berdikari yang dikuasai sepenuhnya oleh anggota.
e) Prinsip Kelima - Pendidikan, Latihan dan Maklumat. Koperasi hendaklah sentiasa membuka peluang kepada anggota melengkapkan diri dengan pengetahuan
f) Prinsip Keenam - Kerjasama antara Koperasi. Koperasi boleh membantu antara satu sama lain melalui kerjasama.
g) Prinsip Ketujuh - Mengambil Berat Terhadap Masyarakat. Berusaha melahirkan masyarakat penyayang melindungi alam sekitar dan melindungi haiwan.

KOPERASI MASA KINI.

Terdapat 5.86 juta anggota koperasi yang menyertai 4,918 buah koperasi dengan modal berbayar RM 7.36 billion di Malaysia setakat 2006. Koperasi memainkan peranan ketiga terpenting dalam ekonomi negara selepas sektor awan dan swasta.

NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI

Nama : Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sungai Koyan (SMSK 1977) Berhad

Alamat Berdaftar: …………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………..

Kawasan beroperasi: Gugusan Felda Sungai Koyan meliputi Felda Sungai Koyan 1, Felda Sungai Koyan 2 dan Felda Sungai Koyan 3.

Fungsi Utama Koperasi: ……………………………………………………………………..
(1.Pengguna 2.Kredit 3.Pengangkutan 4.Perladangan 5.Perkhidmatan 6.Perindustrian 7.Perumahan 8.Perbankan 9.Pembinaan)

Aktiviti Utama:

a. ………………………………………………………………………………………
b. menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan.
c. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
d. melaburkan wang lebihan dalam perkara yang dibenarkan
e. mengadakan subsidiary
f. menyertai usahasama dengan koperasi lain.
g. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.
h. ………………………………………………………………………………….
i. …………………………………………………………………………………...

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA

Terbuka kepada bekas penuntut Sekolah Menengah Sungai Koyan pada tahun 1977 dan suami atau isteri.

Sesaorang yang ingin menjadi anggota koperasi mestilah

a) Memiliki alamat surat menyurat dikawasan operasi koperasi.
b) Warganegara Malaysia
c) Telah mencapai umur 18 tahun.
d) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini.
e) ……………………………………………………………………………….
f) ………………………………………………………………………………

Cadangan Saham/syer untuk menjadi anggota koperasi RM 500.00 dibayar beransur-ansur mengikut kadar termampu.

Kertas Cadangan ini adalah untuk perbincangan sahaja.
Disediakan oleh: Mohd Zakri Bin Said

Monday, 5 March 2012

kawan dan bos bawah rhh/raub

Assalamualaikum wbt....
Harap2 semua sihat jer... ni la kawan2 saya... yang x ada gambar 2 jangan merajuk tau. 
apa2 pun best kerja dengan semua. semua hidup kita semua diberkati amin...



Thursday, 23 February 2012

p mandi air panas kat baling

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua. harap2 semua sihatlah yer. fiza doakan semua sihat yer. cantik x gambar nie? hehehehe (nak perasan kejap)


best masa nie.cerita ni bukannya bangga, cuma nak kongsi cerita jer. masa nie kenangan bersama keluarga. masa nie aku blum kawin. singgle la katakan. huhuhuhu. masa nie kami p 3 biji kereta. p waktu mlm la. mana ada org nak mandi air panas siang2 kan. kah..kah..kah... masa nie ayah la paling heppy aku tengok. suka di berenang dalam air panas mcm mandi air biasa. anak buah pun ramai. seronok tgk diarg. aku ni nak mandi kena turun sikit2. panas. kunun2 x tahan panas la tu. hahahaha...(perasan jer lebih) masa main air x plak asa mengantuk. yer la.. kena air kan. mana mengantuk. seingat aku, kami sampai sana pun dalam kol 12tgh mlm. angin mmg sejuk tp bercampur plak dgn panas air, so mcm2 asa. 

yang kelakrnya, anak buah tengok air terus suka, terus p terjun.pas tu kalang kabut bangun sbb panas. kami semua pakat ketawa tengok anak buah. bukan apa, dia tgk ayah turun mcm air biasa jer. kami x sempat kata apa2 sbb dia semangat sangat nak main air. lagipun dia mmg suka bab2 air nie. bila asa air panas dan2 muka lain. nak nagis pun ada, nak gelak pun ada.

kesimpulan daripada cerita saya ni, klu apa2 pun, anak2 mesti kena tengok dulu. budak2 ni kadang2 x leh pk dan tidak tahu. oklah kawan2 ada masa saya cerita lagi. maaf la klu ada yang tak suka cerita saya. apa2 pun terima kasih sbb sudi membaca cerita saya. sekian wassalam

Tuesday, 21 February 2012

tukar nama blog...

Assalamualaikum wbt....

salam 1 malaysia. harap2 semua sihatlah yer... Maaf yer tukar nama blog. bukan apa. tetibe jer nak tukar nama. harap2 kawan2 x kisah. nama x penting kan? yang penting adalah persahabatan. nama leh tukar2 tp silaturrahim x leh buang or tukar2. kena eratkan lagi ada la... hehe... apa2 pun thans yer kengkawan sebab sudi membaca.hheheheheh... :)

afizakri tukar kepada Afiza Ahmad. hehehehehehe.... maaf yer klu ada sapa2 x suka.

oklah... ada masa saya tulis lg ek? wassalam

Saturday, 18 February 2012

p cameron naik moter Ex5

Assalamualaikum.wbt....

Hai... harap2 semua sihat yer.. saya just nak kongsi cerita tentang kegembiraan saya bersama kawan2. Ni la pengalaman yang best dan agak tersiksa sikit la hehehehe.... ni betul2 mengingatkan aku tentang perjalanan yang jauh. masa nie aku dgn my hubby naik motor p cameren. yer la, ni la first time p cameren. masa kami p ni dgn motor sbb masa ni kami x ada kereta la. sebelum nie I mengadu kat my Hubby kata teringin nak p cameren. org lain dah sampai, I jer x sampai lg. My hubby pun bg cadangan... dia tnya I, sanggup ke p naik motor. masa 2 cepat jer aku jawab. SANGGUP! Sanggup!... (masa 2 semangat nak pegi semua sanggup....) Kami gerak awal pg. Best sangat waktu 2. seingat aku, masa p sana, kami berhenti 3 kali gak la.. bukan apa, kami 2 orang nie badan berisi sikit (bukan gemuk tau) so berat la sikit. lgpun perjalanan jauh gak la 2... seronok tol aku masa 2.Klu x silap perjalanan aku nak p cameron 2 dalam 80km la.. 2 br sampai simpang la... blum naik atas lg... kematu gak bontot aku sementara nak sampai atas. kami sempat bergambar lg 2...  kawan2 terkejut aku p cameren dgn motor. aku kata br brutal. hehehehehehe..... 

Untuk My hubby yang ku sayang, thanks sangat2 sbb faham dan sanggup layan kerenah budak sorang nie.... hehehehehehe... 

nak jg cerita lagi, time kami nak balik hujan plak. sejuknya... mcm mandi air ais la.. kami balik plak dah gelap. lg la sejuk. menggigil gilar aku masa 2... walaupun pakai bj hujan, sejuk dia 2, tuhan jer yang tahu. elok sampai umah, kami berdua dah lecun... cepat2 mandi dan makan ubat. 

esoknya, my hubby demam.. aku x demam. Kesian dia. Yer lah, dia bw motor... aku dapat lindung dgn badan dia. oklah  c kit. Kesian sangat kat My hubby. Minta maaf yer my hubby, krn ayang, abang yang demam. thanks sangat2.. jasa baikmu x dapat ku lupakan... (nak jiwang kejap.... hehehehehe)

kesimpulannya... carilah pasangan yang dapat memahami dan menyayangi kita seadanya. berdoalah kpd Allah agar apa yang dikurniakan pada kita ketika ini tidak ditarik kembali. inilah dulu cerita saya. terima kasih sbb sudi membaca dan harap2 kawan2 x jemu. Sekian

ANTARA KENANGAN BERSAMA

Thursday, 16 February 2012

beli durian...

Assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera pada semua. harap2 sihat hendaknya bersama orang tersayang. Untuk Deq Amoy... thanks bebanyak sbb sudi jd kawan saya. huhuhuhu... hari nie saya nak cerita bab durian... 

nak jd cerita, aku dan my hubby p kampung org asli kat pos lenjan... banyak sangat durian kat sana.. murah plak 2. yang kecil sebiji RM1 jer. yg besar RM2 sebiji. buah dia memang cantik. dalam banyak2 buah 2 ada 2 ,3 ulas jer yang buruk. pendek kata semua elok lah. masa nie ingat nak p beli petai. nak cuba2 niaga petai... tapi bukan rezeki kami, petai dah abis d borong orang.

Alang2 nak p beli petai, mak mintak beli durian. katanya nak wat tempoyak. masa kami p 2 durian banyak sangat. ramai la yang borong durian... ada yang jual kat kelantan pun datang beli kat situ. tapi jauhnya x yah cerita la... tapi bg aku ok lagi la sbb selalunya aku p keje pun perjalanan 1 hala pun dah 40km(koyan ke lipis)/55km(koyan ke raub). hehehehehe..... nak jd cerita hari 2 memang rezeki mak. dapat la beli durian kat mak. mula2 mak tengok durian 2, terkejut jg. yer lah. byk.... (mak tengok masa dah sampai umah la... hehehhehehe) masa kami p beli durian 2, kami naik saga lama yang warna biru 2. penuh bonet kete. terasa beratnya kereta time balik. yer lah, naik bukit, turun bukit.... gambar kat bawah nie, my hubby sempat ambil. katanya sebagai kenangan. hehehehehe....

mak siap semua wat tempoyak ada gak la dlm seminggu. banyak bekas gak dapat. tp sayangnya, aku x makan tempoyak. hehehe... bukan belagak tp x lalu. hehehehe.... best masa p beli. nak jdkan cerita lg, masa kami p beli 2, ada jg la kena tipu dek org asli 2... kami dah beli buah durian yang dia org jual. dah bayar, dia mintak plak duit camsen plak (ala, duit cas sbb ambil buah dlm hutan sbb jalan jauh). panas gak aku masa dengar dia cakap mcm 2. my hubby byr jer dulu. sebelum nie beli x ada plak yang minta duit 2. nak x nak bayar jg la.... yang lg marah 2, org yang kami beli mula2 pun mula minta.( Yg ke 2 tu cakap bahasa org asli dengan yg pertama) my hubby pun kata la... mana leh, dah jual. mana leh minta2 lg. org asli yang ke 2 pun senyum2... sambil kami balik umah, kami sempat berbual. eishh...eishhh... eishhhhh... rupanya kita pun dah kena tipu. my hubby kata. org asli zaman sekarang bukan macam zaman dulu. kami pun gelak la sama2 dalam kereta. Sampai je kat rumah angkut la bawa masuk. sampai dalam bilik pun aku dgn my hubby ketawa. masing2 dok kata nak duit camsen. huhuhu... kenangan la...

apa2 pun, apa yang kita buat kena sabar, jgn menipu( x kisah dari segi apa sekalipun) jujur pada diri sendiri dan ingat Allah ada. Ingat!! Allah mendengar doa-doa org terananya...  huhuhuhu.... terima kasih kerana sudi membaca dan semoga x jemu mendengar cerita saya. sekian. wassalam.

my hubby ambil gambar masa kat dalam umah. (kenangan....)

Wednesday, 15 February 2012

g jalan2...

Assalamualaikum wbt....

hai kawan2... apa khabar semua.. nak bercerita tentang semangat nak ambik pisang. huhuhuu... aku ingat lg time ni aku dan suami p jalan2 kat kg orang asli. kami nak p cari burung. ayah kat kedah suka sangat bela burung. burung yang dia bela 2 semua ada lesen la... semangat nak p cari 2 kami masuk sampai dlm la.. jauh tol la tempat 2. duduk dlm kereta pun boleh kebas. hehehehe... kami p dengan kereta ni la... walaupun dah uzur tp kereta ni tetap gagah masuk dalam. jalan kat dlm faham2 la... kejap naik bukit, sekejap turun bukit. masa kami p ni x hujan. klu hujan mungkin kami x p kot. merata kami p tnya burung, tetap jg x ada. kami pum balik. dalam perjalanan balik, kami sempat plak ambik pisang hutan.

yang kelakarnya, masa ambik pisang nie, kami x bawa pisau. yang ada dalam kereta gunting kecil dan playar (ala.. yang buka skrew 2) jer. pisang nie kecik jer. pelik plk aku asa. merayu la kat my hubby nak ambik pisang 2. dia diam, aku pujuk lah lg, dia kata ok. dia pun ambil la kat aku, yang kelakarnya, kami ambik guna player... macam org x betul kami masa 2... yer lah, my hubby kata org x mkn la buah 2. aku kata nak jg. sanggup my hubby ambik jg 2... serenok aku dapat ambil buah pisang khutan 2. aku pun semangat la ambik gak sampai gunting kecik 2 leh bengkok la... hehehehehe.... ganas betul... bila bw lek, aku x makan pun. jantung pisang dia pahit c kit. last2 buang jg. (aku nie degil, bila x bg nak plak. hehehehe) lepas pd 2 kena sindir la dengan my hubby. hehehehehe.... 

kesimpulannya... jgn degil org kata. jgn ikut kata hati jer.. sesekali cuba pk dulu sebelum cakap. hehehehehe.. oklah kawan2.. sy stop kat c ni dulu yer. terima kasih la sbb sudi baca cerita saya nie. wassalam

 kenangan time ambik pisang hutan.

x dapat makan, pegang pun jadilah. huhuhuhu