Popular Posts

Thursday, 16 February 2012

beli durian...

Assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera pada semua. harap2 sihat hendaknya bersama orang tersayang. Untuk Deq Amoy... thanks bebanyak sbb sudi jd kawan saya. huhuhuhu... hari nie saya nak cerita bab durian... 

nak jd cerita, aku dan my hubby p kampung org asli kat pos lenjan... banyak sangat durian kat sana.. murah plak 2. yang kecil sebiji RM1 jer. yg besar RM2 sebiji. buah dia memang cantik. dalam banyak2 buah 2 ada 2 ,3 ulas jer yang buruk. pendek kata semua elok lah. masa nie ingat nak p beli petai. nak cuba2 niaga petai... tapi bukan rezeki kami, petai dah abis d borong orang.

Alang2 nak p beli petai, mak mintak beli durian. katanya nak wat tempoyak. masa kami p 2 durian banyak sangat. ramai la yang borong durian... ada yang jual kat kelantan pun datang beli kat situ. tapi jauhnya x yah cerita la... tapi bg aku ok lagi la sbb selalunya aku p keje pun perjalanan 1 hala pun dah 40km(koyan ke lipis)/55km(koyan ke raub). hehehehehe..... nak jd cerita hari 2 memang rezeki mak. dapat la beli durian kat mak. mula2 mak tengok durian 2, terkejut jg. yer lah. byk.... (mak tengok masa dah sampai umah la... hehehhehehe) masa kami p beli durian 2, kami naik saga lama yang warna biru 2. penuh bonet kete. terasa beratnya kereta time balik. yer lah, naik bukit, turun bukit.... gambar kat bawah nie, my hubby sempat ambil. katanya sebagai kenangan. hehehehehe....

mak siap semua wat tempoyak ada gak la dlm seminggu. banyak bekas gak dapat. tp sayangnya, aku x makan tempoyak. hehehe... bukan belagak tp x lalu. hehehehe.... best masa p beli. nak jdkan cerita lg, masa kami p beli 2, ada jg la kena tipu dek org asli 2... kami dah beli buah durian yang dia org jual. dah bayar, dia mintak plak duit camsen plak (ala, duit cas sbb ambil buah dlm hutan sbb jalan jauh). panas gak aku masa dengar dia cakap mcm 2. my hubby byr jer dulu. sebelum nie beli x ada plak yang minta duit 2. nak x nak bayar jg la.... yang lg marah 2, org yang kami beli mula2 pun mula minta.( Yg ke 2 tu cakap bahasa org asli dengan yg pertama) my hubby pun kata la... mana leh, dah jual. mana leh minta2 lg. org asli yang ke 2 pun senyum2... sambil kami balik umah, kami sempat berbual. eishh...eishhh... eishhhhh... rupanya kita pun dah kena tipu. my hubby kata. org asli zaman sekarang bukan macam zaman dulu. kami pun gelak la sama2 dalam kereta. Sampai je kat rumah angkut la bawa masuk. sampai dalam bilik pun aku dgn my hubby ketawa. masing2 dok kata nak duit camsen. huhuhu... kenangan la...

apa2 pun, apa yang kita buat kena sabar, jgn menipu( x kisah dari segi apa sekalipun) jujur pada diri sendiri dan ingat Allah ada. Ingat!! Allah mendengar doa-doa org terananya...  huhuhuhu.... terima kasih kerana sudi membaca dan semoga x jemu mendengar cerita saya. sekian. wassalam.

my hubby ambil gambar masa kat dalam umah. (kenangan....)

2 comments:

  1. bestnya da suka sgt2 durian... n mggis.. best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti musim buah dtg c ni tau. kita p beli kat kg org asli. nak x? hehehehehe

      Delete