Popular Posts

Wednesday, 13 June 2012

(koperasi-kepada warga SMSK 1977)



Assalamualaikum...


(kepada warga SMSK 1977)
KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SUNGAI KOYAN (SMSK 1977) BERHAD

CADANGAN PENUBUHAN 

SEJARAH

Selepas pertama kali kita mengadakan reunion terdapat beberapa cadangan agar kita semua dapat bersama bertemu kembali setiap tahun untuk kita bertanya khabar dan mengetahui akan perkembangan kehidupan kita dan keluarga kita. Adalah dicadangkan melalui penubuhan koperasi ini akan merapatkan lagi silaturahim sesama kita. Kita juga akan mendapat manafaat yang banyak melalui koperasi ini melalui peluang dan bantuan oleh kerajaan. Antaranya bantuan sebanyak RM30,000 bagi penubuhan sebuah koperasi baru serta banyak lagi kemudahan yang kita dapat rebut jika kita bergerak sebagai sebuah koperasi. Pada peringkat awal beberapa perbincangan telah diadakan dikalangan sahabat yang tinggal di Sungai Koyan untuk penubuhan tersebut.Diantara yang terlibat dalam perbincangan awal ialah Ariffin, Mohd Zakri, Mohd Rafi,Shahmir, Sharuddin, Norsham, Aziman. Rosli. Nathan, Zulkarnain, Rahim, Herman, Latifah, Norsila, Norizan. Oleh kerana penubuhan sebuah koperasi memerlukan sekurang-kurang 50 orang ahli sebagaimana yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia maka kertas cadangan ini dibentangkan kepada semua bekas pelajar smsk tahun 1977 untuk ulasan dan sokongan. Kepada yang menyokong penubuhan koperasi ini dan berminat untuk menjadi ahli sila hantar nama kepada Ariffin 017-6831697 atau Mohd Zakri 012-6606745. Penubuhan kopersi ini adalah bergantung kepada persetujuan ramai.

DEFINASI

Sebuah koperasi adalah pertubuhan manusia yang berautonomi dimana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama dibidang ekonomi, sosial dan budaya melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi.

SEJARAH GERAKAN OPERASI

Koperasi moden mula ditubuhkan pada 1944 apabila sekumpulan pekerja seramai 28 orang telah mempelopori “The Rochdale Equitable Pioneers Society”. Mereka membuka sebuah stor kecil di Toad Lane, Bandar Rochdale, England sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

TUJUAN KOPERASI

Penubuhan koperasi bertujuan untuk mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dengan menghapuskan eksplotasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah.

Tujuan koperasi dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, dan budaya.

a) Sosial - Koperasi bertujuan membentuk persekitaran yang lebih baik supaya anggota mencapai kepuasan dalam kehidupan. Tujuan berkoperasi adalah untuk mendapat pendidikan, kesihatan dan perlindungan yang lebih baik.
b) Ekonomi.- Koperasi membantu anggota menikmati kehidupan yang lebih baik dari segi ekonomi. Memenuhi keperluan anggota da mengurangka bebanan dari aspek Bank/kredit, Pengguna/Pertanian dan Sekoah
c) Budaya - Koperasi membina jati diri masyarakat bersatu, harmonis mengikut nilai dan etika yang diterima pakai oleh anggota yang menubuhkanya. Antara kegiatan yang sesuai seperti gotong royong, khemah kerja, kem motivasi, kenduri, melancong dan lain-lain.

FALSAFAH KOPERASI

Falsafah koperasi ialah “Bekerja Bersama-sama Demi Manfaat Bersama”. Maksudnya manusia secara sukarela bergabung tenaga, modal fikiran dan kemahiran menjalankan kegiatan bagi manafaat mereka bersama.

KONSEP KOPERASI

Bertindak secara kumpulan menjalankan satu-satu usaha memperbaiki dan meningkat taraf hidup anggota dengan berkerjasama dengan orang lain. Terdapat 4 elemen berkerjasama dalam koperasi iaitu:-

I. Kumpulan manusia yang mempunyai sekurang-kurangnya satu keperluan ekonomi yang sama.
II. Bertujuan untuk membantu dan menolong diri sendiri.
III. Cara menyampai tujuan yang sama dengan menubuhkan organisasiyang dipunyai dan ditadbir bersama.
IV. Manfaatnya untuk kemajuan anggotaanggota.

Konsep koperasi tulen ialah berkerja bersama-sama untuk pembangunan dari segi rohani dan jasmani manusia selaras dengan kehendak asas manusia yang perlu kepada fisiologi, keselamatan, sosial, keakuan dan kepuasan yang boleh dicapai melalui konsep berkerjasama.

NILAI NILAI KOPERASI

Koperasi adalah berasaskan nilai-nilai berdikari, bertanggungjawab pada diri sendiri, demokrasi, kesamaan, kesaksamaan atau keadilan, perpaduan, kesetiaan dan bersatu hati. Selaras dengan tradisi pengasas gerakan itu anggota koperasi menerima nilai-nilai etika termasuk sadik, amanah, telus, tanggungjawab sosial serta prihatin terhadap orang lain.
Dalam sistem ekonomi, koperasi menerapkan 2 nilai iaitu nilai asas dan nilai moral.

Nilai asas adalah:-

a) Usaha Diri- Melibatkan individu dan individu-individu meningkatkan usaha untuk memajukan diri dan secara kolektif memajukan koperasi.
b) Tanggungjawab diri- Seorang anggota bertanggung jawab terhadap kesejahteraan diri sendiri dan harus bersedia menanggung akibat dari tindakan yang diambil.
c) Demokrasi- Perbincangan bebas dan terbuka, mendapat maklumat sebelum tindakan. Anggota secara kolektif adalah pemegang kuasa.
d) Kesamaan- Untuk kesejahteraan kolektif setiap anggota mempunyai peluang yang sama dalam membuat keputusan dan tadbir urus tanpa mengira bakat, kemahiran dan penampilan.
e) Ekuiti/kesaksamaan – Pemilikan dalam koperasi memberikan hak kepada pemilik mengambil bahagian dalam membuat keputusan.
f) Perpaduan – Merujuk kepada rasa hormat dan maruah individu dalam hubungan dengan masyarakat.

Nilai moral adalah:-

a) Sadik/Benar- Benar dalam serba-serbi termasuk percakapan, niat, perbuatan, akhlak, syarak dan akidah.
b) Amanah – Melaksanakan tanggungjawab.
c) Telus – Terus terang dalam semua tindakan.
d) Tanggungjawab sosial – Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seprti menyediakan kemudahan kesihatan pendidikan dan perlindungan untuk anggota.
e) Mengambil berat terhadap masyarakat. – menyayangi satu sama lain, hormat serta saling membantu.

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

a) Prinsip Pertama - Kenggotaan Sukarela Dan Terbuka. Tiada siapa boleh dipaksa menyertai koperasi.
b) Prinsip Kedua - Kawalan Demokrasi Oleh Anggota. Semua perkara penting hendaklah dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat agong.
c) Prinsip Ketiga - Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota. Perlu bersama menyumbang dan mengawal modal secara demokrasi.
d) Prinsip Keempat - Autonomi dan Kebebasan. Koperasi adalah berautonomi dan berdikari yang dikuasai sepenuhnya oleh anggota.
e) Prinsip Kelima - Pendidikan, Latihan dan Maklumat. Koperasi hendaklah sentiasa membuka peluang kepada anggota melengkapkan diri dengan pengetahuan
f) Prinsip Keenam - Kerjasama antara Koperasi. Koperasi boleh membantu antara satu sama lain melalui kerjasama.
g) Prinsip Ketujuh - Mengambil Berat Terhadap Masyarakat. Berusaha melahirkan masyarakat penyayang melindungi alam sekitar dan melindungi haiwan.

KOPERASI MASA KINI.

Terdapat 5.86 juta anggota koperasi yang menyertai 4,918 buah koperasi dengan modal berbayar RM 7.36 billion di Malaysia setakat 2006. Koperasi memainkan peranan ketiga terpenting dalam ekonomi negara selepas sektor awan dan swasta.

NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI

Nama : Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sungai Koyan (SMSK 1977) Berhad

Alamat Berdaftar: …………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………..

Kawasan beroperasi: Gugusan Felda Sungai Koyan meliputi Felda Sungai Koyan 1, Felda Sungai Koyan 2 dan Felda Sungai Koyan 3.

Fungsi Utama Koperasi: ……………………………………………………………………..
(1.Pengguna 2.Kredit 3.Pengangkutan 4.Perladangan 5.Perkhidmatan 6.Perindustrian 7.Perumahan 8.Perbankan 9.Pembinaan)

Aktiviti Utama:

a. ………………………………………………………………………………………
b. menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan.
c. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
d. melaburkan wang lebihan dalam perkara yang dibenarkan
e. mengadakan subsidiary
f. menyertai usahasama dengan koperasi lain.
g. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.
h. ………………………………………………………………………………….
i. …………………………………………………………………………………...

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA

Terbuka kepada bekas penuntut Sekolah Menengah Sungai Koyan pada tahun 1977 dan suami atau isteri.

Sesaorang yang ingin menjadi anggota koperasi mestilah

a) Memiliki alamat surat menyurat dikawasan operasi koperasi.
b) Warganegara Malaysia
c) Telah mencapai umur 18 tahun.
d) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini.
e) ……………………………………………………………………………….
f) ………………………………………………………………………………

Cadangan Saham/syer untuk menjadi anggota koperasi RM 500.00 dibayar beransur-ansur mengikut kadar termampu.

Kertas Cadangan ini adalah untuk perbincangan sahaja.
Disediakan oleh: Mohd Zakri Bin Said

Monday, 5 March 2012

kawan dan bos bawah rhh/raub

Assalamualaikum wbt....
Harap2 semua sihat jer... ni la kawan2 saya... yang x ada gambar 2 jangan merajuk tau. 
apa2 pun best kerja dengan semua. semua hidup kita semua diberkati amin...



Thursday, 23 February 2012

p mandi air panas kat baling

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua. harap2 semua sihatlah yer. fiza doakan semua sihat yer. cantik x gambar nie? hehehehe (nak perasan kejap)


best masa nie.cerita ni bukannya bangga, cuma nak kongsi cerita jer. masa nie kenangan bersama keluarga. masa nie aku blum kawin. singgle la katakan. huhuhuhu. masa nie kami p 3 biji kereta. p waktu mlm la. mana ada org nak mandi air panas siang2 kan. kah..kah..kah... masa nie ayah la paling heppy aku tengok. suka di berenang dalam air panas mcm mandi air biasa. anak buah pun ramai. seronok tgk diarg. aku ni nak mandi kena turun sikit2. panas. kunun2 x tahan panas la tu. hahahaha...(perasan jer lebih) masa main air x plak asa mengantuk. yer la.. kena air kan. mana mengantuk. seingat aku, kami sampai sana pun dalam kol 12tgh mlm. angin mmg sejuk tp bercampur plak dgn panas air, so mcm2 asa. 

yang kelakrnya, anak buah tengok air terus suka, terus p terjun.pas tu kalang kabut bangun sbb panas. kami semua pakat ketawa tengok anak buah. bukan apa, dia tgk ayah turun mcm air biasa jer. kami x sempat kata apa2 sbb dia semangat sangat nak main air. lagipun dia mmg suka bab2 air nie. bila asa air panas dan2 muka lain. nak nagis pun ada, nak gelak pun ada.

kesimpulan daripada cerita saya ni, klu apa2 pun, anak2 mesti kena tengok dulu. budak2 ni kadang2 x leh pk dan tidak tahu. oklah kawan2 ada masa saya cerita lagi. maaf la klu ada yang tak suka cerita saya. apa2 pun terima kasih sbb sudi membaca cerita saya. sekian wassalam

Tuesday, 21 February 2012

tukar nama blog...

Assalamualaikum wbt....

salam 1 malaysia. harap2 semua sihatlah yer... Maaf yer tukar nama blog. bukan apa. tetibe jer nak tukar nama. harap2 kawan2 x kisah. nama x penting kan? yang penting adalah persahabatan. nama leh tukar2 tp silaturrahim x leh buang or tukar2. kena eratkan lagi ada la... hehe... apa2 pun thans yer kengkawan sebab sudi membaca.hheheheheh... :)

afizakri tukar kepada Afiza Ahmad. hehehehehehe.... maaf yer klu ada sapa2 x suka.

oklah... ada masa saya tulis lg ek? wassalam

Saturday, 18 February 2012

p cameron naik moter Ex5

Assalamualaikum.wbt....

Hai... harap2 semua sihat yer.. saya just nak kongsi cerita tentang kegembiraan saya bersama kawan2. Ni la pengalaman yang best dan agak tersiksa sikit la hehehehe.... ni betul2 mengingatkan aku tentang perjalanan yang jauh. masa nie aku dgn my hubby naik motor p cameren. yer la, ni la first time p cameren. masa kami p ni dgn motor sbb masa ni kami x ada kereta la. sebelum nie I mengadu kat my Hubby kata teringin nak p cameren. org lain dah sampai, I jer x sampai lg. My hubby pun bg cadangan... dia tnya I, sanggup ke p naik motor. masa 2 cepat jer aku jawab. SANGGUP! Sanggup!... (masa 2 semangat nak pegi semua sanggup....) Kami gerak awal pg. Best sangat waktu 2. seingat aku, masa p sana, kami berhenti 3 kali gak la.. bukan apa, kami 2 orang nie badan berisi sikit (bukan gemuk tau) so berat la sikit. lgpun perjalanan jauh gak la 2... seronok tol aku masa 2.Klu x silap perjalanan aku nak p cameron 2 dalam 80km la.. 2 br sampai simpang la... blum naik atas lg... kematu gak bontot aku sementara nak sampai atas. kami sempat bergambar lg 2...  kawan2 terkejut aku p cameren dgn motor. aku kata br brutal. hehehehehehe..... 

Untuk My hubby yang ku sayang, thanks sangat2 sbb faham dan sanggup layan kerenah budak sorang nie.... hehehehehehe... 

nak jg cerita lagi, time kami nak balik hujan plak. sejuknya... mcm mandi air ais la.. kami balik plak dah gelap. lg la sejuk. menggigil gilar aku masa 2... walaupun pakai bj hujan, sejuk dia 2, tuhan jer yang tahu. elok sampai umah, kami berdua dah lecun... cepat2 mandi dan makan ubat. 

esoknya, my hubby demam.. aku x demam. Kesian dia. Yer lah, dia bw motor... aku dapat lindung dgn badan dia. oklah  c kit. Kesian sangat kat My hubby. Minta maaf yer my hubby, krn ayang, abang yang demam. thanks sangat2.. jasa baikmu x dapat ku lupakan... (nak jiwang kejap.... hehehehehe)

kesimpulannya... carilah pasangan yang dapat memahami dan menyayangi kita seadanya. berdoalah kpd Allah agar apa yang dikurniakan pada kita ketika ini tidak ditarik kembali. inilah dulu cerita saya. terima kasih sbb sudi membaca dan harap2 kawan2 x jemu. Sekian

ANTARA KENANGAN BERSAMA

Thursday, 16 February 2012

beli durian...

Assalamualaikum wbt...

Salam sejahtera pada semua. harap2 sihat hendaknya bersama orang tersayang. Untuk Deq Amoy... thanks bebanyak sbb sudi jd kawan saya. huhuhuhu... hari nie saya nak cerita bab durian... 

nak jd cerita, aku dan my hubby p kampung org asli kat pos lenjan... banyak sangat durian kat sana.. murah plak 2. yang kecil sebiji RM1 jer. yg besar RM2 sebiji. buah dia memang cantik. dalam banyak2 buah 2 ada 2 ,3 ulas jer yang buruk. pendek kata semua elok lah. masa nie ingat nak p beli petai. nak cuba2 niaga petai... tapi bukan rezeki kami, petai dah abis d borong orang.

Alang2 nak p beli petai, mak mintak beli durian. katanya nak wat tempoyak. masa kami p 2 durian banyak sangat. ramai la yang borong durian... ada yang jual kat kelantan pun datang beli kat situ. tapi jauhnya x yah cerita la... tapi bg aku ok lagi la sbb selalunya aku p keje pun perjalanan 1 hala pun dah 40km(koyan ke lipis)/55km(koyan ke raub). hehehehehe..... nak jd cerita hari 2 memang rezeki mak. dapat la beli durian kat mak. mula2 mak tengok durian 2, terkejut jg. yer lah. byk.... (mak tengok masa dah sampai umah la... hehehhehehe) masa kami p beli durian 2, kami naik saga lama yang warna biru 2. penuh bonet kete. terasa beratnya kereta time balik. yer lah, naik bukit, turun bukit.... gambar kat bawah nie, my hubby sempat ambil. katanya sebagai kenangan. hehehehehe....

mak siap semua wat tempoyak ada gak la dlm seminggu. banyak bekas gak dapat. tp sayangnya, aku x makan tempoyak. hehehe... bukan belagak tp x lalu. hehehehe.... best masa p beli. nak jdkan cerita lg, masa kami p beli 2, ada jg la kena tipu dek org asli 2... kami dah beli buah durian yang dia org jual. dah bayar, dia mintak plak duit camsen plak (ala, duit cas sbb ambil buah dlm hutan sbb jalan jauh). panas gak aku masa dengar dia cakap mcm 2. my hubby byr jer dulu. sebelum nie beli x ada plak yang minta duit 2. nak x nak bayar jg la.... yang lg marah 2, org yang kami beli mula2 pun mula minta.( Yg ke 2 tu cakap bahasa org asli dengan yg pertama) my hubby pun kata la... mana leh, dah jual. mana leh minta2 lg. org asli yang ke 2 pun senyum2... sambil kami balik umah, kami sempat berbual. eishh...eishhh... eishhhhh... rupanya kita pun dah kena tipu. my hubby kata. org asli zaman sekarang bukan macam zaman dulu. kami pun gelak la sama2 dalam kereta. Sampai je kat rumah angkut la bawa masuk. sampai dalam bilik pun aku dgn my hubby ketawa. masing2 dok kata nak duit camsen. huhuhu... kenangan la...

apa2 pun, apa yang kita buat kena sabar, jgn menipu( x kisah dari segi apa sekalipun) jujur pada diri sendiri dan ingat Allah ada. Ingat!! Allah mendengar doa-doa org terananya...  huhuhuhu.... terima kasih kerana sudi membaca dan semoga x jemu mendengar cerita saya. sekian. wassalam.

my hubby ambil gambar masa kat dalam umah. (kenangan....)

Wednesday, 15 February 2012

g jalan2...

Assalamualaikum wbt....

hai kawan2... apa khabar semua.. nak bercerita tentang semangat nak ambik pisang. huhuhuu... aku ingat lg time ni aku dan suami p jalan2 kat kg orang asli. kami nak p cari burung. ayah kat kedah suka sangat bela burung. burung yang dia bela 2 semua ada lesen la... semangat nak p cari 2 kami masuk sampai dlm la.. jauh tol la tempat 2. duduk dlm kereta pun boleh kebas. hehehehe... kami p dengan kereta ni la... walaupun dah uzur tp kereta ni tetap gagah masuk dalam. jalan kat dlm faham2 la... kejap naik bukit, sekejap turun bukit. masa kami p ni x hujan. klu hujan mungkin kami x p kot. merata kami p tnya burung, tetap jg x ada. kami pum balik. dalam perjalanan balik, kami sempat plak ambik pisang hutan.

yang kelakarnya, masa ambik pisang nie, kami x bawa pisau. yang ada dalam kereta gunting kecil dan playar (ala.. yang buka skrew 2) jer. pisang nie kecik jer. pelik plk aku asa. merayu la kat my hubby nak ambik pisang 2. dia diam, aku pujuk lah lg, dia kata ok. dia pun ambil la kat aku, yang kelakarnya, kami ambik guna player... macam org x betul kami masa 2... yer lah, my hubby kata org x mkn la buah 2. aku kata nak jg. sanggup my hubby ambik jg 2... serenok aku dapat ambil buah pisang khutan 2. aku pun semangat la ambik gak sampai gunting kecik 2 leh bengkok la... hehehehehe.... ganas betul... bila bw lek, aku x makan pun. jantung pisang dia pahit c kit. last2 buang jg. (aku nie degil, bila x bg nak plak. hehehehe) lepas pd 2 kena sindir la dengan my hubby. hehehehehe.... 

kesimpulannya... jgn degil org kata. jgn ikut kata hati jer.. sesekali cuba pk dulu sebelum cakap. hehehehehe.. oklah kawan2.. sy stop kat c ni dulu yer. terima kasih la sbb sudi baca cerita saya nie. wassalam

 kenangan time ambik pisang hutan.

x dapat makan, pegang pun jadilah. huhuhuhu

ingat time sepupu kenduri...



Assalamualaikum wbt...

apa khabar semua kawan2. harap2 semua sihatlah yer...
bukan apa nie, just nak kongsi cerita.

hari nie saya just nk bercerita tentang sepupu saya. kami memang beza umur yang banyak tp kami selalu jg la bermain bersama. masa kenduri nie aku blum lg jd isteri orang cuma berkongsi gembira sepupu yang dah kawin. yang bestnye, sepupu aku wat majlis 3 sekali. ni anak mak teh aku. mak teh sebelah mak. anak perempuan dia ada 3 tp bila kenduri 3 tiga majlis sekali. tp akad nikah hari berbeza la. masa majlis nie tema biru tp aku pakai jer bj yang ada. hehehehehe.  meriah majlis diaorang. yer la sekali jalan 3 terus. mana x meriahnya. hehehehehe. (sebenarnya ni dah lama tp baru dapat gambar) walaupun rumah diorang 2 kecil tp meriah sbb semua mkn kat luar kan. walaupun pelamin x ada hanya ada meja makan je. yang pastinya aku enjoy hari 2.  sedar x sedar sekarang 2 oarang dah ada anak. yang ada anak dah gambar 1 dan gambar 2. gambar no 3 tu akak, tp adik2 dapat rezeki dulu. apa2 pun tahniah la. aku doakan semua bahagia. masa majlis nie kan, mak teh aku senyum panjang jer. yer lah, anak2 semua dah kawin. orang kata, anak perempuan ni susah jg sikit.(org katalah) tp bagi ku anak lelaki ke perempuan sama jer. lelaki susah cara lelaki, perempuan susah cara perempuan. apa yang penting adalah agama. ewah... ewah... terlajak bercerita plak. maaf la kawan2. aku x pandai sangat pun.  yer lah, blum lg ada rezeki untuk dapat anak. so x tau la sangat. hheehehehe.....

oklah kawan2... jgn bosan yer untuk baca blog saya. klu ada yang x puas hati saya minta maaf yer. ada apa2 info leh la kita berkongsi bersama. sekian..



kenangan time kenduri....

Saturday, 11 February 2012

bercerita

Assalamualaikum wbt...

manusia ni pelik kan?
apa yang dilarang selalu kita selalu...
apa yang disuruh plak selalu kita buat x tau jer...

kadang2 bila suruh buat kita buat ala kadar jer...
bila dilarang plak kita selalu curi2 buat...
hai... nak wat mcm mana la kan.?

mungkin caranya kita kena beristifar selalu,
kena kuat semangat, kena solat ikut waktu.
jangan ajar diri lewat2kan solat...
mula2 ajar lewatkan solat...
pastu ajar tinggalkan solat...
pas tu paham2 sendiri la ajar apa lg kan?

saya pun selalu lalai bab solat...
kita kena kuat dan slalu ingat kita nak mati...
bila ingat tentang seronok jer kita x asa takut
bila kita pk semua ok otak kita pun akan kata ok...
tp... bila kita pk dulu dan baru buat 2 lebih baik.
mari kita berubah yer kawan2...

klu yang ada semua kena pk kesian suami kita...
yer lah... kita x solat suami kita kena tanggung dosa kita.
dosa dia pun x tertanggung apatah lagi suami kita.
bila kita x pakai tudung, suami kita dapat saham. kesian dia... 
kalau saham baik x pa gak, ni saham seksa yang kita bagi kat suami kita...

klu kita sayang suami kita lebih baik kita ikut ajaran Islam dengan betul...
saya bukan apa, saya ingatkan diri saya jg...
nak sangat jd yang lebih baik dari hari ini...

"Ya Allah Ya tuhanku, Engkau lah yang maha pengasih, maha bijaksana, maha pemurah dan maha mengasihani. Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku dan kawan2 ku untuk menjadi insan berguna. kau jadilah aku dan kawan2 ku manusia yang selalu bersyukur dengan nikmatmu, kau peliharalah keluargaku dan kawan2 ku daripada azab api neraka. Ya Allah ya tuhanku, jadilkanlah kami isteri yang solehah. Sesungguhnya kepadamu kami berserah sepenuhnya dan kami yakin dengan janjimu. Amin Ya Rabbal Alamin....

62 petua amalan kebahagian rumah tangga

Assalamualaikum wbt...

saya x la pandai sangat dalam hal rumah tangga sbb saya baru jer setahun mendirikan rumahtangga. So sama2lah kita kongsikan petua ini yer....(bahan dpd utusan malaysia 11 feb 2012)

sama2 lah kita berkongsi maklumat....


62 PETUA AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA


  1. Doa yang berterusan
  2. Patuh ajaran agama
  3. Murah dengan pujian
  4. Murah dengan khidmat
  5. Murah dengan belaian kasih sayang
  6. Murah dengan sentuhan
  7. Mencari kebaikan pasangan
  8. Cari masa berbual, berkomunikasi atau bergurau senda
  9. Cari kebaikan dan perbaikan diri daripada setiap pertengkaran
  10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan
  11. Menilai dari daripada perspektif pasangan
  12. berfikiran terbuka- boleh tegur-menegur
  13. Berani mengambil resiko emosi- tegur/perubahan/berpisah sementara
  14. Menilai dan menberi keutamaan dalam kehidupan
  15. Tolak ansur
  16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin'(intuition) perempuan
  17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata
  18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan
  19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan
  20. Sanggup berkorban buat pasangan
  21. Menghormati pasangan
  22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai
  24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
  25. Sentiasa bermaafan sebelum tidor
  26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan
  27. Meletakkan hak pada pasangan
  28. Tidak menjadi hamba pada pasangan
  29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan
  30. Mengawal marah. Buat perjanjian
  31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'
  32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah
  33. Menghormati sifat semula jadi pasangan
  34. Memahami peranan 'pasangan'
  35. Hubungan perasaan sesama pasangan
  36. Jangan simpan ketidak puasan, sedih, marah atau benci dalam hati
  37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua sahaja yang tahu
  38. Sengaja rancang untuk memperbaiki hubungan suami isteri
  39. tujuh kali puji dalam satu teguran
  40. Sebut 'i love u' sepanjang masa
  41. Banyak kan bergurau dan bermesra
  42. Sentiasa terus terang
  43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar
  44. Elak berdebat untuk mencari kebenaran
  45. Elak salah pasangan
  46. Cari titik pertemuan
  47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga
  48. Lebih banyak menberi daripada menerima
  49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan
  50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya
  51. Seimbangkan hubungan 
  52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa)
  53. tidak perlu mengongkong
  54. memberi peluang untuk berbeza- cth hobi, kegemaran, makanan, cita rasa dan sebagainya
  55. buat lawak dari semasa ke semasa
  56. minat bantuan untuk memecahkan kitaran negatif
  57. tidak bertindak sendirian
  58. berwaspada dan pandang ke depan
  59. tidak meminta yang bukan-bukan
  60. bentuk undung-undang dan peraturan rumahtangga
  61. mencari kelainan dan perubahan positif
  62. elak mendera pasangan dengan cara apa sekalipun...

bersama-samalah kita buat perubahan untuk keluarga kita... semoga keluarga kita selalu diberkati Allah... Amin....

ibu

ibu...
rindunya aku padamu...(padahal baru jumpa jer...)
mungkin jarak jauh buat aku sentiasa merinduimu...
terima kasih ibu....

ibu
kau umpama cahaya dalam hidupku..
kau adalah sesuatu yang begitu berharga dalam dunia...
kau the best.... hehehehehhe

aku selalu buat ibu terasa kan?
anak apalah aku ni kan?
selalu aku tarik muka, masam muka
dan ada kalanya aku menjawab kan?
teruk betul kan aku ni?

mungkin dalam diam aku terasa dgn sikapmu ibu...
tapi... aku salah sebab sakitkan hatimu...
biarpun ibu marah padaku, x sepatutnya aku menjawabkan?
berapa banyaklah dosaku padamu ibu....
maafkan aku yer ibu.......

sepatutnya, aku perlu berjasa padamu selagi ibu ada....
x guna bila ibu dah tiada... aku baru nak menyesal...
aku selalu menjawab katamu apatah lagi bersikap kurang ajar...
banyaknya dosaku padamu ibu....
maafkanlah aku ibu....
aku sayangkan mu ibu....

ku mohon padamu ibu....
ampunilah aku....
sayangilah aku...
halalkanlah semua susumu ibu.....
ibu, kau orang yang paling aku sayang....
i love u ibu....

Thursday, 9 February 2012

suka-suka bercerita..

Assalamualikum wbt....

Inilah kehidupan...
kau datang tanpaku duga...
kau pergi tanpaku rela...
kasih bersemi bersama...

sahabat...
susah untuk mencari sahabat yang setia.
sahabat waktu senang terlalu ramai
sahabat sejati susah nak ditemui...

manusia ni macam-macam kan?
yang kita nampak buruklah yang selalu tlg kita...
yang nampak baiklah yang selalu wat x tau kat kita...
alahai manusia...

aku pun sama gak... hehehehehe...
selalu wat orang marah, kena ubah ni..
bahaya... hehehehehe...

Aku sebenarnya x suka bergaduh...
kadang2 mulut ni mcm2 kan?
sapa2 yang kenai aku,
aku minta maaf la klu2 ada wat terasa...

Untuk kawan2 aku doakan semuanya bahagia dah sejahtera...

Friday, 27 January 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tenang sikit hati nie. Terima kasih Ya Allah, kau satukan aku dengan S***. Walaupun kami selalu salah faham, tapi aku bersyukur kerana kau menemukan aku kepadanya. Dia seorang yang kecil molek, kurus dan baik. Mungkin dengan selalu bergaduh kami makin rapat. Aku memang sayang kat dia. Dia umpama adik aku. Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan kasih sayang kami. Gembira hati ini apabila dia datang memelukku dan berkata " maafkan saya kak, saya x berniat nak buat akak terasa". Dengan serta merta air mata mula bertakung di kelopak mata. Dia pun kata, dia ada jg terasa dengan saya. Saya pun faham, mungkin dengan kata2 kita leh bagi orang lain terasa. Aku memang sayang padanya, yer lah, adik la katakan.

Alhamdulillah, kami x betugur kurang 7 jam. Kami dah baik semula dan bertambah dekat lagi. Awak kena tahu yang saya tetap sayang awak mcm mana keadaan awak. Awak x perlu risau dan hanya perlu memahami saya... Terima kasih kerana pernah anggap saya sebahagian keluarga awk... (ewah... jiwang plak).

Oklah adik, lepas ni apa2 kita bincang. Yang penting kita sama2 faham. Terima kasih sebab kurniakan aku si dia. Apa2 pun aku doakan yang terbaik untuk dia. Saya sayang awak tau. hehehehehehe

oklah, salam gembira buat semua. Semoga semua gembira hendaknya. Sekian dulu coretan saya. Wassalam.

disinikah erti persahabatan???

Assalamualaikum wbt.

Just nak menceritakan hati yang sedih. sekadar berkongsi cerita. Apakah erti persahabatan? memang betul sahabat susah dicari lagi2 kita kerja bawah pada diaorg... itulah alam... kawan untuk ketawa memang ramai, kawan utuk sedih memang susah untuk dicari. Aku tahu aku jg manusia yang lemah. selalu melakukan kesalahan. begitu juga orang lain kan? x pelah, orang lain mungkin x penting. Bila kita banyak bergurau mungkin orang dah makin x selesa sekaligus hilang hormat orang pada kita. Apa yang penting kita tahu apa kelemahan kita dah kita berubah. Mungkin akan jd kekok bagi orang lain melihat kita. Tp itulah yang perlu aku lakukan. Betul orang kata, diam lebih baik daripada berkata2... Aku rasa itulah yang terbaik buat aku. Aku sebenarnya sayang sangat kat S*** A***** tp dah 2 kali dia bagi aku terasa. Aku sedar sbb aku pun pernah bagi dia terasa. Tp aku dah anggap S*** sebahagian daripada keluarga aku. itu yang aku lebih terasa. Mungkin darah daging adalah yang terbaik dalam dunia nie.

Serba salah dibuatnya, yer lah, itulah erti kehidupan. Sedih sebenarnya, tp itulah yang perlu dilalui dalam hidup. Aku bukan ego tapi minta sedikit hormat pada insan yang aku sayang. Sakit bila orang yang aku sayang wat aku macam nie. oklah, x nak lah nangis kat cini.

sekian coretan untuk kali ini. Wassalam

Monday, 23 January 2012

Jalan-jalan Kuala Selangor


Assalamualaikum wbt..

Salam 1 malaysia pada semua. Saja nak kongsi cerita masa p kuala selangor. Masa nie aku dan suami dan mak mertua (Rokiah). kami dari sungai koyan nak p kuala selangor (sungai besar) nak p tengok adik ipar dapat baby. comel baby dia... jelouse gak la. tp nak wat mcm mana, kami blum ada rezeki nak timang anak sendiri. Kami p ikut cameron dan ikut tapak. masa kami p tu time tahun baru 2012. Masa ni mak sempat borong petai. Banyak gak la mak beli petai tu. Dulu aku suka sangat makan petai, tapi skrg dah kurang. Makan macam biasa jer. 
sempat ambik gambar masa mak tengah pilih petai.. hehehehehe

Ni la baby zahari. Anak yang ke 4. masa ni la baru nampak mata dia. Klu tak tido jer kerjenya, sempat tido semalam umah diaorang. Geram tengok baby comel-comel. Semoga aku nanti dapat baby yang comel.(kawan2 pun doakan sekali yer.)

baby baru buka mata. slalu tido jer. hehehehehe

 Sempat jalan2 kat tepi laut. So p la tengok laut. ada restoran. kami singgah la kat restoran nie. minum jer. mak x makan. Aku dan suami makan la tomyam. boleh tahan la makanan kat c 2. mungkin time 2  aku lapar, 2 yang makan licin 2.

Minum kat sini sekejap


minum teh O jer

 Sempat ambik gambar mak time tepi laut. cantik gambar dia. (tp ni guna tepon murah jer)

 mak tengok laut


 sempat ambik gambar dengan bot

 tempat ni aku p. sempat ambil gambar lg....

Oklah, saya cuma nak kongsi cerita jer. Terima kasih la sebab sanggup membaca cerita saya. Jika ada sebarang komen bolehlah mengomen. Wassalam.

Terjemahan AL-FATIHAH, AL-IKHLAS,


Assalamualaikum wbt

Apa kata kita mengetahui maksud/ tejemahan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. bukan apa, bila saya menaip, sedikit sebanyak leh buat saya tahu apa terjemahannya. Sebagai umat Islam kita perlu tahu maksud Al-fatihah yang kita baca hari2 masa solat. Sama2lah kita menghayati maknanya agar kita diberkatai Allah swt.

AL-FATIHAH
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam
  3. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
  4.  Pemilik hari pembalasan
  5.  Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
  6.  Tunjukkan kami jalan yang lurus
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya: bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan    bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Gambar sekadar hiasan)


AL-IKHLAS

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
  1. Katakanlah (Muhammad), " Dialah Allah, Yang Maha Esa.
  2. Allah tempat meminta sesuatu
  3. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia".
Sekian dahulu untuk ini, nanti saya letah suruh lain plak. harap2 ini dapat membantu saya dan kawan2. Amin....


KAWAN KAWIN (SAFARUDDIN & SURIYANI)


Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua, harap2 tu sihat la... dah x de idea la nak cite apa. last2 tergerak hati nak cite tentang kawan keje kawin. Aku kenal safaruddin ni x la lama sangat. Klu ikut time sekarang dah setahun. Rupa2nya dah setahun aku kenal dia. Semua staf lebih mesra panggil dia Apo. Apo nie kawan keje kat Lipis Dialysis Centre. Keje dia DA je (Dialysis Assistant). Aku banyak belajar dengan dia. Pendek cerita dia banyak mengajaq aku la. Walaupun aku dah tinggal pahang, loqat aku x leh buang la. Harap2 kawan2 faham lah yer. Apo nie baik orangnya. Masa aku kenai dia, dia x kawin lg. dia kawin awai sikit dari aku tp tahun yang sama. Masa dia akat nikah, aku p la tengok dia. Aku p dengan bos dan dengan faiz. Apo akad nikah dengan sekali lafaz je. Masa akad nikah ni baru la aku kenai isteri Apo. Semua orang panggil kak suri je. Aku pun ikut la panggil kak suri. Masa berlalu begitu pantas. 


Gambar kawin Safaruddin setelah di edit

Sekarang Apo dah ada anak. Nama anak dia mikail. Comel sangat. Mula2 Apo risau la anak dia asyik menangis je. Apo datang kerja pun nampak serabut. Dia p berubat kat jengka. Ok la sikit. Sekarang dah happy la apo sbb anak dah x menangis sangat. setakat menagis sikit2 tu kira biasa la kan? Aku doakan diaorang bahagia. Amin...

oklah, Stop cerita kat sini dulu. ada sapa2 terasa or x selesa saya minta maaf yer. kat sini just nak berkongsi cerita. Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 19 January 2012

KENANGAN X DAPAT DILUPAKAN...


INILAH KENANGAN YANG X DAPAT DILUPAKAN....

Nilah keadaan kaki aku time kemalangan.. Yer lah, kaki yang masih merah 2, baru2 kena. masa 2 kat  A.&E lipis. kemalangan ni berlaku di sungai ular, daerah lipis. jalan dia memang mcm ular. tapi itulah jalan aku p kerja kat lipis pun. nak p kot raub jauh sangat. 

kakiku yang dah x cantik...

Gambar no2 tu, masih kat hospital lg. Masa 2 x ingat apa dah. masa jadi 2 aku naik motor nak p kerja. dihantar oleh zakri la... time 2 plak nak kena. dah rezeki lah kan? nak wat mcm mana kan? dan memang takdir untuk hari 2. Moter yang kemalangan 2 mintak sopian repair( sopian 2 anak saudara kasim)(kasim 2 adik ipar aku). kami palk terpaksa mintak tlg lee( abang kasim). aku x tau plak lee 2 p cerita kat kasim. kasim plak p cerita kat mak ayah aku kat kg. dok sat, mak aku telefon tnya mcm mana leh jd. aku malas la nak cerita lg, keluar hospital baru aku nak cerita. targer 2 x nak bg orang tua kat kg susah hati. aku kena marah la sbb x ceriata kat mak n ayah kat kg. aku kata sikit je. tp masa kena 2 aku x kena tahan wad. terus balik umah. 
Gambar yang no3 2 plak kat hospital lipis. masa nie, aku dah ok tp pelik kenapa kaki x baik2 lagi. makin bengkak ada lah. Nak keje pun payah masa nie. p la chek kat dokter lipis. top..top... dokter kata pelik kenapa x baik2 lagi, padahal dah 2 minggu. Dokter kat OPD call dokter pakar. Dokter pakar pun datang. Dia kata kena tahan kat wad sbb wound infection. Adoi... Takut aku masuk wad. Dokter bagi antibiotik.(aku lupa ubat apa dia bg) Sakit ubat 2, X best langsung dok kat wad. masa masuk wad 2 aku x sempat bawa pakaian pun. burjet x masuk wat. skali masuk wat. Masa mai chek 2, aku p dengan zakri. kami naik bas je lah. nasib baik la kak 2 bg pinjam baju dia. baju merah kat gambar no 4 tu. kain plak akak 2 bagi pinjam. kain warna merah gak.  Gambar no5 2 aku kena tukar katil, kena dok tepi tingkap. ok sikit sbb ada pluq. senang nak cas tepon sbb ada langsir. kat tepi dinding mmg ada plaq tp terus menerus nampak. hehehehehe...... Masa nie kawan2 LDC(mira, ct, apo dan bos)(apo dan bos datang hari pertama aku kemalangan)  dan RHH(aiman) datang. mak cik normah, pak cik ali(suami makcik normah) bro die pun ada datang jenguk aku..thanks ye sbb datang melawat aku. ye lah, kat pahang nie mana ada sapa kenai dengan aku kecuali diaorang. terima kasih sangat2. mira pun terima kasih sangat2 sbb datang jemput aku time aku keluar wad. thanks sangat2 semua. jasamu ku kenang. hehehehhehehe....
Gambar no6 2 plak kaki aku sblm 2 minggu. zakri cuci tiap2 hari. masa nie luka berair lg. buruk kan kaki waktu luka. kawan2 semua kata ada Kencing manis. Takut gak la masa 2. Dokter dan nurse kata gula ok. so bukan kencing manis la. Gambar no7 2 masa kaki dah kering cantik dah. cuma kawasan hitan 2 dalam dan masih ada air dalam 2. tp x la sakit sangat dah. hehehehehehe.... gambar last 2, kaki masa berbalut masa merah lg. masa 2 kat kantin hospital. kami makan dulu. lapar sangat dah.







Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku ini.

Saturday, 14 January 2012

ILP JITRA


Assalamualaikum....

Apa khabar semua orang kat sana? harap2 sihatlah hendaknya yer... sebenarnya hati ni rindu zaman dulu2. kenangan banyak pada ILP JITRA... kawan2 semua c hat kan? bila agaknya kita dapat berjumpa ramai2kan? rindu sangat... harap2 korang x lupakan aku yer.  gambar ni klu x silap masa kita jd senior dah kan? lupa la... bukan lupa kawan2 tp lupa gambar time bila.... hehehehe....gambar ni dengan Cik fiza. tp sekarang dah jd pn fiza dah. Pn fiza ni baik orangnya, dia faham naluri kami semua. kami sayang sangat kat dia. puan ingat lagi x kami. budak2 NITP yang nakal nie? mesti pn x lupa kami kan? yerlah kami ni banyak ragam tp kami selalu bersama pn fiza. lg pun, masa nie puan jg kelas kami. dalam gambar ni x ada sorang (yana) kawan kami. dia x sihat masa ni. Tp kenangan bergambar masa ni kat depan pejabat. cantik kan? rindu la korang....

bergambar bersama Pn Fiza...(masa ni yana x sihat...)

gambar ni masa sem 1. ingat lagi, kak mimi dan fairus x dapat uniform lg. yer la, diaorang size kecil, dapat la lambat sikit. masa ni muka budak budak lg... la ni ada yang dah jd mak pun.... masa ni kita banyak salah faham kan? ada yang x sebulu kan? masa ni plak gambar kak esah x ada... kami 1 kelas 14 org. lelaki 2 je. 12 lg semua geng2 hawa.... hahahahhahaha.... rasanya korang pun x leh lupa kan gambar nie? miss u all la... hehehehehe....



bergambar masa sem 1 di ILP JITRA.... (masa nie kak esah plak x ada)
tapi nie geng2 hawa jer..... 



gambar nie plak masa nak wat majalah. so ni geng2 kelab berita. banyak budak kelas kami masuk kelab berita. maklumlah, senior la katakan.... dalam gambar nie ada ada en Azren dan En shahril... pengajar ni banyak bantu time buat2 majalah. best la, ILP jitra 1 time ada majalah. yer la... sblm ni x ada. group kami la mula2 cipta. cayalah..... selain 2 ada jg cost lain. ada cost mesin, plastik. ni antara yang aktif la... hehehehehe.... (konon2 je... hehhehehehehe)

kelab berita masa kat ILP JITRA


ni budak2 NITP 2
berdiri dari kiri(kak tie, aku, kak yus, yana,yani, atie,kak zura,ila)
duduk dari kiri (kak esah, ain, che mie, nauzal, fairus, kak mimi)

 time nie jamuan kat ilp jitra bengkel plastik


 masa nie menang bola jaring.. 

 nie pandangan hadapan ilp jitra

 cantik kan?

 team bola tampar

kenangan bersama...


oklah, disini dulu aku bercerita. ada masa aku coterkan lagi yer. Assalamualaikum.

rezeki hari nie x byk tapi Alhamdulillah...

Assalamualaikom...

petang ni saje jer nak cerita tentang berniaga. hari ni baru hari ke 3 suamiku berniaga.. ala berniaga kecil2lan saja. dia selalu p niaga dengan ipin. hari nie paling sikit daripada 2 hari sebelum ni... rezeki kita setakat ni je, itu ayat bertama keluar dari mulut dia. aku cuma kata ok je.. tp aku bersyukur sangat kerana Allah memberi jln untk kami berniaga.. sekurang2nya kami usaha untuk majukan diri kami.aku ucapkan tahniah pada suami aku kerana berusaha keras untuk masa depan kami.

jam di diding menunjukkan pukul 5.50ptg. time ni aku baru je sampai umah. maklumlah, aku kerja makan gaji. hari nie aku kerja kat lipis. Alhamdulillah hari ni x hujan. ye lah, aku g kerja naik motor je. sampai je kat umah terus aku masuk bilik. yer lah, nak simpan beg leptop. aku tengok suami aku tido. letih betul tengok dia. ye lah, keluar kol 7.30pg dan balik kol 4.40ptg. kesian sayang kan? x pe lah, kita usaha dari bawah yer sayang...janji kita jgn putus asa.

aku dulu memang banyak kali putus asa, dia kata jgn ada perasaan putus asa sbb nabi x suka pada org yang mudah putus asa. bila kata mcm 2, mula2 aku buat x tau je tp lama2 bara asa betul. yer la... bila dah kecewa semua nampak buruk. semua nampak salah. itulah kehidupan. ada pasangnya dan ada surutnya...


"Ya Allah Ya tuhanku, engkau ampunilah dosa2 ku, dosa suamiku,keluarga kami. engkau lindungilah kami dan keluarga kami dari kesusahan, engkau kurniakanlah kami rezeki yang halal dan kau pimpinlah kami ke jalan yang diredoimu. sesungguhnya Engkau maha mengetahui." amin.. 


oklah, ada masa saya tulis lg yer... terima kasih kerana sudi membaca..

Friday, 13 January 2012

kenangan masa menang anugerah


                        LDC terbaik... 

staf lipis dialysis centre

 time nie kami semua g kuantan. seingat aku, time ni 14 april 2011. hari ahad. yang bestnya kami p 3 buat kete. bos p dulu, kami susul kemudian. mira,(berdiri tengah) siti (berdiri kanan)dan apo (duduk kanan) pergi naik myvi( kete faiz) aku naik dengan aiman (duduk kiri) naik kete kancil. yang bestnya, diaorng ikut jerantut. aku dengan aiman ikut raub. yang pastinya kol 8 mesti kena ada kat hospital temerloh.bos dah ada kat hospital temerloh awal 1 hari sbb dia ada presentation. 1 hari gak la kami kat sana. kebetulan hari 2 hari bertuah kami. kami dapat anugerah NGO/swasta terbaik. selain itu, kami dapat anugerah darah terbaik.

letih kami berbaloi apabila kami dapat anugerah terbaik. yang best lg dapat anugerah dialysis terbaik 3kali berturut2. aku ingat lg, bos beri ucapan sempena kami dapat menang anugerah tu. pendek kata memang terbaik la.... harap2 tahun ni, kita tetap menang dengan anugerah yang sama. Insyaallah...  nanti ada masa kita jumpa lg... terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.... semoga berjaya....amin...

Thursday, 12 January 2012

kenangan bersama suami tercinta....

KENANGAN BERSAMA SUAMI TERCINTA Di CAMERON .....

Time nie kami baru je selamat di ijab kabulkn... aku dan suami selalu pergi cameron, ye la... jarak dengan umah tak la jauh sangat... kami pergi berdua je, ingat masa nie, first time aku minum teh kat sana. sedap teh dia... x silap aku teh dia nama teh masala kot... bau dia wangi... aroma yang memikat la katakan.... suami aku Zakri bawa aku jalan2.  masa ni cuaca biasa je, tp memang asa dingin la...


kami banyak berjalan. aku suka sangat masa 2. suami aku banyak ambil berat pasal aku. sbb 2 la aku sayang sangat kat dia... eh... jiwang plak. Aku rasa, cameron ni memang sesuai untuk bercuti kerana cuaca yang sejuk, buah buahan yang segar. stawbery yang best. hehehehe. tp sayangnya kami x tido sana. just pergi dan balik. asa sedih gak la sbb x dapat bermalan disana. ye lah, perjalanan ni dari kedah nak ke koyan. lagipun esok dah nak keje, so kena la balik rehat dulu... oklah... nanti ada apa2 cerita aku update ye. terima kasih kerana sudi membaca coretan ini...